Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Penyerang Paris 2015 tidak failkan rayuan

    PARIS, 12 JULAI – Satu-satunya ahli sel kumpulan Islamic State yang mengorbankan 130 orang di Paris pada 2015 tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh, kata ketua pendakwa raya Paris, hari ini.

    Salah Abdeslam, 32, warga Perancis yang berasal dari Maghribi, ditahan oleh polis empat bulan selepas kejadian tersebut di dewan konsert Bataclan dan beberapa kawasan, satu kekejaman yang paling dahsyat dalam sejarah moden Perancis.

    Dia dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa diberikan parol, hukuman terberat yang dikenakan di bawah undang-undang Perancis.

    Sementara itu, seramai 19 pesalah lainnya dikenakan hukuman bagi peranan mereka menjelang dan selepas serangan, gagal memohon rayuan, kata pendakwa raya Remy Heitz kepada AFP.

    Mereka diberi masa 10 hari untuk mengemukakan rayuan selepas hukuman diputuskan yang tarikh akhirnya luput pada tengah malam kelmarin.

    Keputusan daripada mahkamah khas yang mengendalikan kes tersebut sekarang memerlukan status tetap dan tidak akan ada perbicaraan bagi rayuan itu,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...