Penyerang ‘penggal kepala’ gembala

TUNIS, 21 DIS – Mayat seorang pemuda yang kepalanya dipenggal telah ditemui di tengah rantau Tunisia, Kasserine, kemungkinan dalam serangan ‘pengganas,’ kata pegawai kehakiman.

“Mayat seorang lelaki tanpa kepala telah ditemui dan kemungkinan kumpulan pengganas berada di sebalik serangan itu,” kata pendakwa kanan Mohsen Dali, menamakan mangsa sebagai Oqba al-Dhini, 20 tahun.

Satu siasatan telah dilancarkan, tambah beliau.

Radio tempatan berkata Dhibi bekerja sebagai gembala yang menjaga ternakannya semasa dia diserang.

Tidak ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab setakat ini.

Serangan telah dilakukan di kawasan pergunungan yang sama di tengah Tunisia sebelum itu, kira-kira 225 kilometer dari barat daya ibu negara. – AFP