Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyerang samurai diberkas

    TAIPEI, 18 Ogos – Seorang penyerang bersenjatakan pedang samurai yang membawa bendera kebangsaan China mengelar seorang pengawal polis tentera di luar pejabat presiden Taiwan, menurut pihak berkuasa.

    Lelaki warga Taiwan itu yang diberkas di tempat kejadian berkata dia melahirkan pandangan politiknya dan telah mencuri pedang itu dari sebuah muzium sejarah berhampiran, polis memberitahu AFP.

    Pejabat Presiden yang terletak di tengah bandar Taipei adalah ibu pejabat Presiden Tsai Ingwen, Presiden Taiwan yang pewaham Beijing.

    Hubungan dengan pihak berkuasa China semakin teruk sejak beliau mengambil alih pucuk pimpinan tahun lalu apabila beliau enggan menyetujui pendirian Beijing bahawa Taiwan adalah sebahagian ‘satu China’.

    Taiwan adalah sebuah pulau demokrasi yang diperintah sendiri, namun Beijing masih menganggapnya sebahagian wilayahnya yang akan disatukan semula. Penyerang itu telah “mengambil tukul dan memecahkan kotak pameran di sebuah muzium sejarah untuk mencuri pedang samurai,” seorang pegawai polis yang sedang menyiasat kejadian itu yang merahsiakan identitinya, memberitahu AFP.

    Seorang suspek yang dikenal pasti hanya dengan nama keluarganya, Lu (tengah), dikawal oleh anggota polis di biro polis tempatan di Taipei pada 18 Ogos 2017, setelah disyaki menyerang seorang pengawal polis dengan pedang Samurai di Istana Presiden. – AFP
    Seorang suspek yang dikenal pasti hanya dengan nama keluarganya, Lu (tengah), dikawal oleh anggota polis di biro polis tempatan di Taipei pada 18 Ogos 2017, setelah disyaki menyerang seorang pengawal polis dengan pedang Samurai di Istana Presiden. – AFP

    “Bendera kebangsaan China ditemui dalam beg galasnya. Menurutnya dia mahu melahirkan pendirian politiknya dengan pergi ke pejabat presiden,” menurut pegawai itu lagi.

    Lelaki itu, yang didedahkan identitinya oleh pihak polis hanya dengan nama keluarganya, Lu, telah menyerang pegawai itu ketika dia cuba menahannya dari memasuki bangunan dari pagar sisi, menurut jurucakap pejabat presiden, Alex Huang.

    Lu, 51 tahun pada masa sedang disoal siasat oleh polis. Dia tidak mempunyai pekerjaan dan tidak memiliki rekod jenayah sebelum ini.

    Pegawal yang tercedera itu dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan bagi kecederaan pada lehernya, menurut Huang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda