Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyerang Sassuolo harap peminat tenang

    REGGIO EMILIA, 10 MAC – Setelah perlawanan Serie A terpaksa ditangguhkan dan sebahagiannya bermain di tempat tertutup selama beberapa minggu, penyerang Sassuolo, Francesco Caputo menghantar mesej tujuan untuk menenangkan orang ramai selepas menjaringkan gol pertama dari dua gol yang berjaya dijaringkannya setelah menang 3-0 ke atas Brescia kelmarin.

    Caputo menulis dan memaparkan kepada kamera ‘Semuanya akan OK dan menetap di rumah’ dalam Bahasa Itali.

    Sementara Stadium Mapei kosong dari para penonton dan peminat sebagai sebahagian daripada langkah mencegah penularan virus, Caputo memastikan tulisannya itu ditunjukkan kepada kamera TV untuk penonton yang menonton di rumah.

    Setengah jam sebelum pertandingan bermula, Jawatankuasa Olimpik Itali berkata ia meminta keputusan kerajaan menghentikan semua sukan di negara itu sehingga 3 April.

    Vincenzo Spadafora, Menteri Sukan Itali, berkata dia sudah membuat keputusan baharu, saya berharap ia boleh dipersetujui esok.

    Kira-kira 16 juta orang telah diletakkan di bawah perintah berkurung yang meluas di utara Itali. Jeremie Boga menjaringkan gol ketiga buat Sassuolo, percubaan tendangan jarak jauh di antara tiga pemain pertahanan lawan. – AP

    Aksi penyerang Sassuolo, Francesco Caputo ketika menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan Serie A antara menentang Brescia di Stadium Reggio Emilia, Itali, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda