Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penyertaan Haaland timbul tanda tanya

    DORTMUND, JERMAN , 1 APR – Borussia Dortmund berdepan dengan penantian yang cemas untuk melihat sama ada penjaring terbanyak, Erling Haaland akan bersedia untuk perlawanan menentang Leipzig pada Sabtu ini selepas penyerang Norway tersebut kembali daripada tugasan antarabangsa dengan kecederaan kaki.

    “Penyertaannya amat diragui, secara terus-terang,” kata jurulatih Dortmund, Marco Rose kelmarin. “Erling sentiasa optimistik tetapi kakinya bengkak dan lebam. Kami sedang mengusahakannya tetapi timbulnya tanda tanya.”

    Haaland mengalami kecederaan tersebut selepas menjaringkan dua gol semasa Norway menewaskan Armenia 9-0 dalam perlawanan persahabatan mereka pada Selasa lalu.

    Haaland, pemain berusia 21 tahun itu sudah banyak ketinggalan pada musim ini kerana mengalami pelbagai kecederaan. Jika dia tidak dapat bermain pada Sabtu ini, ia akan menjadi perlawanan ke-17 yang mana dia tidak beraksi untuk Dortmund disebabkan kecederaan. Dia masih berjaya menjaringkan 16 gol dalam 17 penampilan liga musim ini.

    Semua ahli pasukan nampaknya tidak mengalami kecederaan selepas hari cuti antarabangsa. Gio Reyna adalah orang terakhir dijangka pulang selepas membantu Amerika Syarikat layak ke Piala Dunia walaupun tewas 2-0 kepada Costa Rica pada malam Rabu lalu.

    Youssoufa Moukoko berkemungkinan akan kembali selepas dia pulih daripada kecederaannya. – AFP

    Aksi Haaland semasa perlawanan persahabatan Norway dengan Armenia di Stadium Ullevaal sebelum mengalami kecederaan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...