Monday, November 28, 2022
29.1 C
Brunei

-

Penyertaan musabaqah Al-Quran dibuka

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, selaku Urus Setia Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H akan mengadakan Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H bermula Januari 2023.

Musabaqah dibuka kepada warganegara dan penduduk tetap sahaja dengan permohonannya boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan bit.ly/mhq1444H dan media sosial urus setia di laman pppq-mabims.blogspot.com, Facebook – pppq.mabims (official), Instagram – PPPQ.MABIMS (official) dan Telegram – PPPQ.MABIMS (official).

Permohonan telah pun dibukakan pada 3 Oktober dan tarikh tutup pula ialah pada 14 November.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -