Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyertaan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan dibuka

    BANDAR SERI BERGAWAN, 19 DIS – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam kenyataannya ingin memaklumkan bahawa jabatan berkenaan akan menganjurkan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1443H/2022M Peringkat Saringan bermula 4 Mac hingga 2 April 2022.

    Sehubungan itu, Jabatan Belia dan Sukan menyatakan bahawa penyertaan musabaqah adalah terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang memegang kad pintar berwarna ungu serta tidak memegang pasport negara-negara asing.

    Mereka hendaklah berumur di antara 15 hingga 30 tahun yang lahir di antara 1 Januari 1992 hingga 31 Disember 2007 serta tidak pernah menjadi johan pertandingan-pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran kerajaan Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Kenyataan menambah lagi bahawa pendaftaran boleh diisi secara dalam talian di http://tiny.cc/mtqbk. Di samping itu, setiap peserta juga dikehendaki untuk mendaftarkan diri di YSNet melalui https://ysnet.gov.bn/ dengan menekan butang ‘daftar’.

    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2022.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda