Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Sastera dan Majalah memaklumkan bahawa penyertaan bagi Peraduan Penulisan Esei Ilmiah Pangsura 2022 telah dibukakan sehingga 30 Mei depan.
Menurut DBP, peraduan dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 18 tahun ke atas.
Sehubungan itu, sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urus Setia Peraduan Penulisan Esei Ilmiah Pangsura 2022 di talian 2382511 sambungan 137, 167, 191 dan 192.