Penyiasat: Jacob Blake miliki pisau

WASHINGTON, 27 OGOS – Jacob Blake, 29, memberitahu penyiasat beliau memiliki pisau semasa kejadian ditembak oleh seorang anggota polis di Kenosha, Wisconsin Amerika Syarikat (AS), kata Jabatan Kehakiman negeri, kelmarin, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan terbaru oleh Jabatan Kehakiman Wisconsin mengatakan Blake “mengakui dia memiliki pisau.”

Penyiasat di jabatan itu “menjumpai sebilah pisau di bahagian pemandu kenderaan Blake.”

Rakaman yang diperolehi daripada orang yang berada di tempat kejadian mengenai kejadian  tembakan itu kemudian tular di media sosial, menimbulkan tunjuk perasaan di Kenosha, Wisconsin kerana membantah ketidakadilan perkauman. – Bernama