Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyimpanan pisau agar selamat dan bergaya

    PISAU adalah sebahagian alatan yang wajib ada di ruang dapur. Jika tidak disimpan dengan sebaik mungkin boleh mendatangkan bahaya. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan pisau ini, selain untuk keselamatan anda boleh juga menyuntik gaya yang tersendiri di ruang dapur. Jom Semak!

    Rod magnet

    Pengunaan rod magnet sebagai cara penyimpanan pisau kelihatan sungguh praktikal. Tidak memerlukan ruang penyimpanan yang luas, hanya di satu sudut dinding sudah memadai. Menyuntik kesrian di ruang ini, pilihan pisau pelbagai warna boleh juga mengundang gaya dekorasi di ruangan dapur secara tidak langsung.

    Sistem dalaman kabinet

    Terdapat begitu banyak aksesori kabinet dapur yang dicipta dengan pelbagai kegunaan dan gaya yang tersendiri. Ini menjadikan ruang penyimpanan pisau lebih teraratur dan bersistematik.

    Sistem dalam kabinet.
    Rod magnet.

    Laci berkompartmen

    Aturan pisau yang disusun kemas di dalam laci berkompartmen ini tampak begitu moden dan kemas. Malah apa yang lebih penting cara penyimpanan sepertinya ini lebih difikirkan selamat kerana anak kecil tidak mudah mencapainya.

    Esen Dekorasi

    Menyuntik gaya yang lebih unik, peletakkan pisau juga boleh diilhamkan di dalam balang yang diisi dengan kekacang atau pun lidi sate yang digunakan untuk tujuan dekorasi ruang dapur. Kombinasi ini secara tidak langsung berfungsi secara total dua dalam satu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda