Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyokong Brazil ‘tidak peduli’

    RIO DE JANEIRO, 25 Mei – Tiga minggu sebelum bola sepak Piala Dunia bermula dan rakyat Brazil mengalami situasi yang muram, tidak menyerlah dan secara umumnya sedih, terutama sekali ke atas penyokong skuad Brazil.

    Pasukan mereka mungkin hangat, mengetepikan pesaing Amerika Latin dalam perlawanan kelayakan dan memburu rekod keenam gelaran dunia di Rusia. Tetapi peminat biasanya mengenakan jersi berwarna kuning telah memutuskan untuk mengenakan jersi berwarna biru.

    Penjual cenderahati melaporkan perniagaan yang perlahan. Akhbar hanya memikirkan mengenai kesihatan bintang negara itu, Neymar dan kegagalan bencana Piala Dunia tahun 2014.

    Menurut tinjauan pendapat yang dilakukan oleh Institut Parana, rakyat Brazil kagum dengan bola sepak sebenar yang akan bermula pada pertengahan Jun depan.

    Dua pertiga merasakan ‘selecao’ adalah pilihan untuk menjulang trofi itu dan 35 peratus menyaksikan Neymar sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu, berbanding 30 peratus bagi Cristiano Ronaldo dari Portugal.

    Neymar semasa menjalani sesi latihan bagi skuad kebangsaan negara itu menjelang Piala Dunia FIFA 2018 di pusat latihan Granja Comary, Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini. – AFP

    Masalahnya, kata peninjau, tidak ramai rakyat Brazil yang peduli.

    Enam puluh enam peratus mempunyai sedikit atau tidak berminat mengenai kejuaraan akan datang, sementara itu 14.5 peratus tidak tahu di mana ia akan diadakan.

    “Tidak terdapat peringkat keghairahan yang sama seperti sebelumnya,’ kata pemandu Serafim Fernandes, ketika dia sedang membeli-belah di pasar Saara, Rio de Janeiro yang taksub dengan bola sepak.

    Fernandes, 62, menyalahkan ekonomi bagi kekurangan keghairahan itu. Ia sekarang hanya terpinggir dari rekod, dua tahun kemelesetan, yang diburukkan lagi dengan skandal rasuah yang menjejaskan elit politik.

    “Orang ramai benar-benar menderita,” katanya.

    Empat tahun lalu, apabila Brazil menghoskan Piala Dunia, lukisan dinding dan jalan-jalan raya dihiasi dengan warna kuning dan hijau di seluruh negara lebih sebulan sebelum sesiapa menyentuh bola.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda