BERLIN, 10 Feb – CEO Hans-Joachim Watzke (gambar) dan presiden Reinhard Rauball Borussia Dortmund telah berjumpa dengan rakan sejawatannya di RB Leipzig kelmarin untuk memohon maaf atas serangan ganas minggu lepas oleh samseng-samseng ketika pihak polis mula membuat penyiasatan.
Polis Dortmund telah dilaporkan memulakan prosiding jenayah dalam 32 kes selepas serangan ganas tercetus sebelum perlawanan liga, ketika samseng-samseng menyerang para peminat Leipzig, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Ketika serangan itu, empat pegawai polis dan 10 penyokong pelawat cedera, tetapi tahap kebencian yang ditujukan kepada RB dan penyokong mereka telah mengejutkan masyarakat bola sepak Jerman.
Kapten Dortmund, Marcel Schmelzer mengecam keganasan itu dalam satu mesej video kepada para penyokong di stadium mereka sebelum kemenangan ke atas Hertha Berlin bagi saingan Piala Jerman. Kini CEO dan presiden Borussia Dortmund pula membuat permohonan maaf bersemuka.
“Rauball dan Watzke memberikan jaminan kepada eksekutif RB bahawa Borussia Dortmund telah memulakan penyiasatan ke atas insiden itu dan mengenal pasti para pelaki dengan segera selepas perlawanan, serta telah memberikan kerjasama dengan pihak polis.
“Setentunya mereka akan terus memberikan maklumat terbaru kepada RB dan menjadikan ia tanggungjawab bersama bagi keselamatan penonton. – AFP