Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penyokong hak asasi gesa sekatan bahan api jet terhadap Myanmar

    BANGKOK, 24 FEB – Beberapa penyokong hak asasi manusia mengesa kerajaan-kerajaan untuk mengenakan sekatan terhadap pembekalan bahan api penerbangan kepada Myanmar ketika pasukan keselamatannya menjalankan serangan-serangan udara ke atas penentang pentadbiran pimpinan tentera itu.

    Gesaan-gesaan untuk memutuskan bekalan bahan api jet itu mendapat perhatian selepas beberapa buah syarikat minyak dan gas utama, termasuk Total dan Chevron, berkata bahawa mereka akan berundur daripada usaha niaga di negara itu, berpotensi mengurangkan aliran mata wang kepada tentera berkenaan. Sementara Myanmar masih mengeluarkan minyak dan gas menerusi Kerjasama dengan syarikat-syarikat Thailand, Jepun, China dan Korea selatan, ia tidak mempunyai kilang penapisan minyak moden berskala besar dan mengimport semua bahan api penerbangannya bagi penggunaan awam dan tentera.

    Setakat ini, tiada kerajaan telah menghalang atau menyekat pembekalan bahan api penerbangan kepada Myanmar, walaupun kerajaan British baru-baru ini menggesa syarikat-syarikat untuk mengelak membekalkan produk yang mungkin digunakan dalam serangan-serangan terhadap bantahan-bantahan awam.

    Burma Campaign UK berkata, ia menyeru bagi sekatan terhadap syarikat-syarikat Myanmar yang terlibat dalam pembekalan bahan api jet kepada tentera dan terhadap syarikat-syarikat asing untuk menghalang penglibatan mereka dalam “sebarang aspek” pembekalan bahan api penerbangan ke negara itu, termasuk insurans dan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan lain.

    Justice for Myanmar, perikatan hak asasi manusia, berkata bahawa ia masih menyelidik rangkaian bekalan bahan api penerbangan, tetapi menekankan bahawa serangan-serangan udara patut dihentikan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...