Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyokong kaya tidak jejaskan saya – Wenger

    LONDON, 14 Mei – Arsene Wenger mengetepikan bantahan daripada peminat Arsenal yang berusaha menyingkirkannya sebagai pengurus dan meminta pemainnya supaya menumpu pada kempen kelab untuk bola sepak Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

    Satu kemenangan 4-1 di Stoke mendorong Gunners bersaing untuk empat tempat teratas dan musim bola sepak Eropah elit ke-21 berturut-turut.

    Namun sementara nama Wenger dinyanyikan oleh penyokong di dalam stadium Stoke pada awal perlawanan, sebuah kapal terbang di atas mengibarkan panji-panji yang meminta pengurus Perancis itu supaya jangan kembali pada musim akan datang.

    “Apabila anda berkata peminat, siapakah yang anda maksudkan? Orang kaya?” kata Wenger apabila ditanya tentang reaksinya.

    “Lihat, saya dibayar untuk melaksanakan tugas saya untuk kelab yang saya sayangi dan saya akan melakukannya selama saya berada di sini dengan komitmen sepenuhnya. Saya tidak terpengaruh dengan kesemua itu, apa yang saya lakukan adalah memberikan yang terbaik.

    Arsene Wenger kekal tidak goyah dengan desakan segelintir penyokong yang ingin dirinya disingkirkan bagi kempen musim depan. - AP
    Arsene Wenger kekal tidak goyah dengan desakan segelintir penyokong yang ingin dirinya disingkirkan bagi kempen musim depan. – AP

    “Kami mempunyai 69 mata hari ini, maka biarlah kami memperoleh 72 mata pada Selasa dan selepas itu saya akan berusaha sedaya upaya asalkan saya berada di sini untuk nilai kelab ini dan untuk kelab.

    “Saya mahu menumpu pada bola sepak dan yang selebihnya adalah kurang penting. Saya bukan dalam bidang politik. Saya berada dalam bidang sukan, saya suka sukan dan memberikan masa 24 jam saya untuk melakukan apa yang saya suka. Saya memikul tugas awam, sesetengah orang bersetuju dengan saya, sesetengah orang tidak.”

    Sebelumnya, laporan di Perancis telah mencadangkan bahawa Wenger telahpun bersetuju dengan satu perjanjian setahun untuk kekal di Amiriah, namun pengurus berusia 67 tahun itu enggan mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda