SFAX, TUNISIA, 22 MEI – Tiga penyu ‘loggerhead’ dilepaskan ke laut Mediteranean di luar Tunisia hari ini, salah seekornya dipasang dengan isyarat penjejak di karapasnya untuk membantu para penyelidik melindungi spesies terancam itu dengan lebih baik.
Risiko utama yang dihadapi penyu laut di Tunisia adalah dikaitkan dengan penangkapan ikan, memandangkan penyu berkenaan mudah terbelit dalam jaring, termasuk ketiga-tiga penyu yang dilepaskan ke habitat asal kelmarin.
Pelepasan penyu disaksikan oleh 50 orang, kebanyakan mereka kanak-kanak, yang dianjurkan pusat penjagaan di pelabuhan timur Tunisia Sfax.
Kira-kira 35 penyu telah dijaga di pusat itu sejak setahun lalu sebagai sebahagian daripada projek Penyu Life Med.
Aktivis alam sekitar membantu membawa penyu yang berat itu di pantai, sebelum haiwan tersebut merangkak menuju ke laut.
Kesemuanya dipasang teg, tetapi salah seekor juga mempunyai isyarat penjejak sebesar telefon yang dilekat pada karapasnya, yang akan menjejaki perkembangannya ketika ia berenang di laut. – AFP