Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penyu laut kembali ke habitat asal

    MICHMORET, ISRAEL, 8 JULAI – Lebih satu dozen penyu laut yang diselamatkan selepas mengalami kecederaan di Mediteranean dilepaskan di sebuah pantai di Israel hari ini.

    Sebanyak 15 ekor penyu laut loggerhead dan dua penyu laut hijau dilepaskan ke laut selepas diletak di bawah jagaan Pusat Selamatkan Penyu Laut di tengah Israel. Kesemua penyu dibawa ke pusat itu dengan pelbagai kecederaan fizikal, mungkin disebabkan bahan letupan dalam air.

    Spesies penyu laut tersebut disenarai sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi dan dilindungi di bawah undang-undang Israel.

    Haiwan reptilia berkenaan menerima rawatan intensif selama beberapa bulan, bermula dengan ubat antibiotik di pusat berkenaan.

    Yaniv Levy, pakar ekologi penyu laut yang mengendali pusat itu, berkata sebelum membebaskan penyu berkenaan, ahli biologi memastikan ‘kami tidak melakukan sebarang kesilapan dan kami mengembalikan penyu yang 100 peratus sihat ke habitat asal mereka.’ – AP

    Orang ramai melihat penyu laut yang menerima rawatan di Pusat Selamatkan Penyu Laut, merangkak selepas dilepaskan di pantai Beit Yanai, utara bandar Netanya kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...