Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pepe digantung kerana bergaduh di akhir perlawanan

    PORTO, PORTUGAL, 16 FEB – Pemain pertahanan Porto, Pepe digantung dua perlawanan kelmarin selepas dituduh menendang pegawai dari pasukan lain semasa pergaduhan dalam liga Portugal minggu lalu.

    Pemain veteran Portugal itu dilayangkan kad merah kerana didakwa menendang pengarah kelab Sporting Lisbon semasa pertengkaran pada penghujung keputusan seri 2-2 antara kedua-dua pasukan Jumaat lalu.

    Pemain tengah Sporting, Bruno Tabata juga digantung dua perlawanan selepas dituduh menolak pegawai kelab Porto semasa pergaduhan tersebut.

    Penggantungan bagi kedua-dua pemain boleh dilanjutkan sehingga dua tahun selepas kes mereka dianalisis sepenuhnya.

    Mereka adalah antara empat pemain – dua daripada setiap pasukan – yang dibuang padang.

    Porto berada enam mata di hadapan Sporting di tempat kedua di tangga teratas liga Portugal. Sporting adalah juara semasa. – AP

    Pepe digantung dua perlawanan kelmarin selepas dituduh menendang pegawai dari pasukan lain semasa pergaduhan dalam liga Portugal minggu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...