Peperiksaan LCCI bagi sesi November 2021 dibatalkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) bagi sesi November 2021 tidak akan dapat dikendalikan buat masa ini.

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan memaklumkan perkara tersebut dalam kenyataannya hari ini setelah mengambil kira situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan sebagaimana yang dinyatakan semasa sidang media Kementerian Kesihatan bertarikh 2 September 2021 mengenai langkah-langkah pengawalan yang dilanjutkan sehingga 3 Oktober 2021.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Peperiksaan di talian 2380630 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel [email protected] atau [email protected]