Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Peperiksaan lisan SSSRU guna kaedah MPS

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Berikutan dengan situasi penularan wabak COVID di Negara Brunei Darussalam pada masa ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei telah membuat keputusan untuk membatalkan pelaksanaan peperiksaan lisan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) bagi tahun 1442H/2021M.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, pemakluman mengenai pembatalan berkenaan telah pun diedarkan ke sekolah-sekolah agama.

    Sehubungan itu, kaedah pemerolehan markah bagi peperiksaan lisan SSSRU bagi calon-calon yang berdaftar di sekolah-sekolah agama adalah menggunakan kaedah alternatif iaitu Markah Penilaian Sekolah (MPS).

    Kenyataan menjelaskan, kaedah MPS juga akan diguna pakai bagi calon-calon yang tidak hadir semasa peperiksaan bertulis bagi peperiksaan-peperiksaan awam di bawah kawalan KHEU tahun 1442H/ 2021M, iaitu peperiksaan SSSRU, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (Pra-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB).

    Calon-calon yang tidak hadir itu adalah disebabkan telah disahkan positif COVID, menjalani Perintah Kuarantin, menerima Notis Pengasingan Diri dan diberikan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital-hospital kerajaan, pusat-pusat kesihatan dan klinik swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

    Melalui kaedah MPS itu, markah yang akan diambil untuk pelajar-pelajar Tahun 10 (Fast Track), Tahun 11 (Normal Track), Pra-U1 dan Pra-U2 di persekolahan Arab, serta murid-murid Darjah 6 di persekolahan agama bagi 1442H / 2021M ialah markah yang diperoleh daripada penilaian kendiri sekolah pada peng-hujung 2020 dan sepanjang 2021.

    Kenyataan menjelaskan lanjut, bagi peperiksaan markah yang diambil untuk SSSRU ialah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021, Ujian Kelayakan Lisan Al-Quran & Tajwid dan Amali Ibadat 2021 dan latihan-latihan topikal serta kerja-kerja rumah.

    Bagi SPUB ialah ujian penggal pertama 2021, Peperiksaan Kelayakan SPUB 2021, latihan, kerja rumah dan projek sepanjang 2021 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2020, bagi Pra-STPUB pula adalah ujian penggal pertama 2021, Peperiksaan Kelayakan manakala itu, bagi STPUB ialah latihan, kerja rumah dan projek sepanjang 2021 Di kesempatan ini, KHEU menyeru rakyat negara ini untuk terus berdoa semoga Allah SWT akan sentiasa mengurniakan kerahmatan, perlindungan serta nikmat kesihatan yang berpanjangan dan semoga Negara Brunei Darussalam dijauhkan daripada segala wabak dan penyakit khususnya wabak COVID.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...