Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pepsi Bonanza 2017 kembali lagi

    Oleh Salawati Haji Yahya & Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Pepsi Bonanza 2017 kini kembali lagi dengan menawarkan hadiah lebih menarik iaitu akaun simpanan berjumlah $8,888.88 untuk pemenang utama yang bertuah musim ini.

    Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon semasa sidang media di Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, kelmarin, menjelaskan bahawa beberapa hadiah menarik lain yang ditawarkan termasuk ganjaran wang tunai dan hamper Pepsi.

    Promosi Pepsi Bonanza 2017 ini bermula pada 28 Ogos hingga 30 November 2017 dan dalam tempoh promosi tersebut, cabutan bulanan turut disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah.

    Cabutan bulanan yang diadakan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan yang diberikan semasa Pepsi Bonanza 2017 berlangsung.

    Valentine Hon bersama kakitangan Kingston bergambar ramai sambil mempamerkan Poster Pepsi Bonanza 2017.

    Cabutan pertama akan diadakan pada 13 Oktober 2017 diikuti pada 10 November 2017 manakala itu, cabutan utama akan diadakan pada 10 Disember 2017.

    Orang ramai yang ingin menyertai kempen berkenaan hanya perlu membeli dua botol minuman Pepsi bersaiz 1.5 liter, Pepsi Twist, 7-UP, Revive, Mirinda Orange, Mirinda Strawberry, Mirinda Green Apple dan Mirinda Green Fruit yang mempunyai logo Brunei Halal.

    Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang khas Pepsi Bonanza 2017 dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam kotak-kotak yang disediakan di gedung-gedung perniagaan dan pasar raya yang terpilih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda