Perabot unik sentuhan kreatif pereka Itali

MILAN – Industri perabot dan seni reka bentuk Itali melancarkan Pesta Perabot Milan selepas penangguhan selama dua tahun akibat pandemik dengan perhiasan dan kelengkapan unik yang disesuaikan untuk ruang kecil serta hasil rekaan yang mampan oleh pereka muda yang memperkenalkan industri lebih lestari.

Selepas mencatat prestasi mengejutkan dalam sektor perabot ketika pandemik, industri itu sedang berdepan masa depan yang tidak pasti. Timbulnya masalah kekurangan bahan mentah, kos pengangkutan lebih tinggi dan ketidakpastian ekonomi yang dicetuskan oleh serangan ke atas Ukraine. Jualan kelengkapan perabot Itali meningkat kepada AS$16.7 bilion pada 2021, pertambahan sebanyak 16 peratus berbanding tahun 2019 dan 25 peratus lebih tinggi berbanding 2020.

Meskipun prospek yang suram, pameran perabot yang terkenal di dunia itu, dikenali dalam bahasa Itali sebagai Salone del Mobile, menumpu pada inovasi ketika ia mencatat pemulihan dalam jumlah pengunjung semasa pameran enam hari yang berakhir pada Ahad.

“Kehadiran adalah di luar jangkaan,” mencecah kira-kira 400,000 pada kedua-dua acara, kata Alessia Capello, pegawai pembangunan ekonomi Milan. Dua pertiga daripada pelawat datang dari luar negara.

Perabot unik baharu yang menarik perhatian termasuk bangku yang boleh berubah menjadi tempat kerja atau katil untuk golongan gelandangan; dan ‘walker’ elegan di mana fungsinya tersembunyi oleh bentuk ukirannya.

Seorang wanita mengambil gambar hasil rekaan Alessi, sebahagian daripada pameran di Milan, Itali pada 8 Jun 2022. – AP
Pereka Nigeria Lani Adeoye bergambar bersama walker yang direka untuk datuknya, yang menolak versi yang lebih standard pada Pameran Perabot Antarabangsa di Rho, Milan. – AP
Budak perempuan bersantai di sebuah bangku hasil ciptaan pereka Itali Stefano Boeri, sebahagian daripada pameran perabot di Milan, Itali. – AP
Pelawat duduk di ‘Echinoidea Biophilic Pavilion’ ciptaan Giacomo Garziano dan Rubner Haus semasa pameran di Universiti Statale di Milan, Itali. – AP

“Seronok rasanya dapat kembali ke Salone del Mobile,” kata Alana Stevens, presiden syarikat perabot Amerika Syarikat (AS) Knoll. “Lebih daripada satu pesta, dan bukannya perhimpunan komuniti global yang berasa ghairah mengenai reka bentuk. Pertemuan pereka perabot, artis dan perniagaan mencetuskan inspirasi kepada semua.”

Pereka fesyen Jerman Philipp Plein melancarkan koleksi perabotnya dengan kerjasama jenama Belanda Eichholtz, yang telah menghiasi kebanyakan rumah Plein sendiri di Eropah dan AS.

Penyertaan Plein dalam sektor reka bentuk rumah bermula dengan rekaan katil untuk anjing. Sesuai dengan temanya, koleksi baharu termasuk sebuah katil anjing yang diperbuat daripada kulit dengan rangka emas yang lengkap untuk anjing.

“Ia melambangkan satu kemewahan dan orang ingin mendapatkannya,” kata ketua pegawai operasi Eichholtz Robin Goemans. Bagi mereka yang sentiasa menaiki kapal terbang dan suka objek estetik boleh membeli sofa baldu bertatahkan emas.

Mereka juga boleh mengagumi almari pakaian yang direka di atas kekaki marmar yang sesuai untuk artis terkenal, serta koleksi kasut mereka dalam peti berdiri dengan cermin di bahagian dalam. Di samping sebuah meja marmar berfungsi sebagai meja ping-pong dan objek unik didigitalkan dalam cermin logo.

Plein merupakan jenama fesyen terbaharu yang menembusi dunia reka bentuk perabot bermula pada awal tahun 1990, menerusi koleksi rumah yang memaparkan kelengkapan katil, bantal dan tuala. “Dunia fesyen memahami bahawa reka bentuk mampu memukau imaginasi dalam cara yang amat menarik sama seperti jenama pakaian,” kata Marco Sammicheli, pengarah reka bentuk di muzium reka bentuk Triennale.

“Memphis adalah contoh yang memberikan tafsiran terbaik tentang reka bentuk Itali selepas Olivetti dan sebelum Alessi,” kata Sammicheli, merujuk kepada pengeluar mesin perniagaan Olivetti yang paling terkenal dengan mesin taipnya, dan jenama pinggan mangkuk meja dan perhiasan Alessi.

Alessi meraikan ulang tahun ke-100 di Salone dengan kolaborasi kutleri dengan mendiang pereka Off-White, Virgil Abloh. Ia mengadakan satu pameran yang menyaksikan perjalanan syarikat milik keluarga daripada kilang besi kepada makmal untuk reka bentuk, dan makan malam di mana tetamu jemputan termasuk kira-kira 300 pereka yang telah bekerja dengan jenama itu dalam beberapa dekad ini.

Pereka dari Nigeria, Lani Adeoye memenangi hadiah pertama pada acara SaloneSatellite dengan ‘walker’ yang direka untuk datuknya, yang menolak versi yang lebih standard. Satu lengkung bercantum yang melambangkan perpaduan memberikan pemiliknya rasa gaya yang moden, dan kord yang dibuat daripada keladi bunting menghubungkan ciri-ciri artistik tempatan dengan bahan mampan.

“Beliau seorang lelaki yang disegani, yang bekerja di bank bertahun-tahun lamanya dan mendapati amat memalukan jika keluar dengan walker,” kata pereka berusia 32 tahun itu. “Awda memilikinya dalam alam sekitar dan ia kelihatan amat moden. Tidak ada sesiapa yang tahu ia adalah walker.”

Satellite dibuka kepada pereka berusia di bawah 35 tahun, dan bertujuan membantu mereka menjalin hubungan dengan pengeluar dan mencari kaedah untuk melaksanakan projek yang dibangunkan “dalam keadaan yang bebas, tanpa perlu mengambil kira proses pengeluaran,” kata Maria Porro, presiden Salone. Kecenderungan generasi muda untuk menggunakan bahan dan proses mampan juga menimbulkan cabaran kepada industri yang lebih luas. Jenama lebih terkenal sering memulakan penggunaan bahan mampan. Ia termasuk plastik boleh dikitar semula dalam ciptaan terbaharu kerusi terkenal Louis Ghost oleh Philippe Starck, tetapi juga kolaborasi Re-Chair dengan illy coffee yang diperbuat daripada penapis kopi dibuang.

Sementara itu, Knoll memperkenalkan siri kerusi dan bangku kayu oak oleh Antonio Citterio bergelar Klismos. Tali kapas ditenun menjadi kerusi yang mempunyai ciri-ciri anjal, dan kayu dipasang bersama, maka ia tidak memerlukan perekat, lazimnya diperoleh daripada produk petroleum. Kusyen kulit diisi dengan serat sayu-sayuran juga boleh menjadi satu pilihan.

Sementara bahan yang diperoleh adalah penting, menurut Porro, cabaran sebenar yang berdepan industri adalah mengurangkan penggunaan tenaga, melakukan aktiviti seperti mengganti lampu elektrik dengan cahaya semula jadi dan menghasilkan kelengkapan berdasarkan tempahan dan bukannya mewujudkan stok untuk disimpan.

Ke arah matlamat itu, persatuan pembuat perabot Itali Federlegno menyertai jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UN Global Compact untuk memantau amalan perniagaan yang bertanggungjawab semasa pesta Salone ke-60 pada minggu lalu.

“Kami memerlukan pengeluaran mampan, ia adalah cabaran sebenar yang dihadapi,” kata Porro. “Ia membabitkan isu budaya.” – AP