Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

Peraduan lukisan sokong Hari Keluarga Kebangsaan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Seramai 21 orang penuntut telah memenangi Kategori Cemerlang dalam Peraduan Lukisan Keluarga sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2022.

Setiap pemenang berkenaan menerima sijil dan wang tunai $50 setiap seorang pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Teater Kuliah, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), di ibu negara, hari ini.

Manakala itu, 11 orang pula memenangi Kategori Baik sekali gus menerima wang tunai
$30 setiap seorang dan tiga penuntut menerima sijil penyertaan dan wang tunai $20.

Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Pengetua Maktab SOAS, Awang Mohamed Santra bin Haji Bolhassan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA), Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali, timbalan pengetua Maktab SOAS, guru-guru dan para penuntut maktab yang terlibat.

Peraduan berkenaan telah dianjurkan oleh BASMIDA dengan kerjasama Maktab SOAS, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Datin Hajah Masni dalam ucapannya antara lain menjelaskan bahawa peraduan tersebut bertujuan sebagai sokongan kepada kempen Hari Keluarga Kebangsaan 2022, menyokong wadah perpaduan masyarakat dalam falsafah Melayu Islam Beraja, dan sama-sama memupuk rasa tanggungjawab dan memberi dorongan untuk memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dengan jayanya, selain untuk meningkatkan sistem perlindungan sosial melalui pengukuhan institusi keluarga.

Di samping itu, tambah beliau, ia juga mengembangkan dan mengasuh kreativiti para penuntut dan murid melalui artistic expression mereka.

Datin Hajah Masni dan Awang Mohamed Santra bergambar ramai bersama para pemenang Kategori Cemerlang.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -