Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peraduan Tazkirah wadah hukum-hakam Islam

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 1 Jun – Lapan orang ahli Muslimah masjid dari Masjid Kampung Penanjong, Masjid Kampung Keriam dan Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong berentap dalam Peraduan Tazkirah Pendek yang berlangsung di Masjid Kampung Penanjong, hari ini.

    Hajah Zainon binti Haji Gunong dengan tazkirahnya ‘Adab Menziarahi Tanah Perkuburan’ mendapat tempat pertama diikuti oleh Hajah Rusiah binti Haji Idris di tempat kedua dan Hajah Zainab binti Suhut di tempat ketiga.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Hal Ehwal Muslimah, Ketua Zon Tutong, Hajah Nadhirah binti Haji Lahit selaku wakil kepada Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.

    Semasa Peraduan Tazkirah bagi Muslimah Masjid Kampung Penanjong, Muslimah Masjid Kampung Keriam dan
    Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong dijalankan di Masjid Kampung Penanjong, kelmarin.

    Peraduan berkenaan merupakan satu wadah bagi menyampaikan maklumat mengenai hukum-hakam Islam kepada Muslimah yang hadir selain sebagai salah satu aktiviti dan sumbangan Muslimah Masjid Kampung Penanjong, Muslimah Masjid Kampung Keriam dan Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong dalam sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan lagi Nuzul Al-Quran dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

    Peraduan tazkirah pendek itu juga adalah salah satu perisian program berdudun yang berobjektif untuk mengeratkan hubungan ahli-ahli Muslimah masjid di Daerah Tutong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda