Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

Perahu layar zaman Viking tersenarai dalam senarai warisan UNESCO

ROSKILDE, DENMARK – Selama beribu-ribu tahun, perahu layar kayu membenarkan penduduk Eropah Utara menyebarkan perdagangan, pengaruh dan kadangkala peperangan merentasi lautan dan benua.

Pada bulan Disember lalu, agensi kebudayaan PBB menambahkan ‘bot clinker’ Nordic ke dalam senarai tradisinya yang mewakili Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan. Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden bersama-sama mendapatkan gelaran UNESCO.

Istilah ‘clinker’ dianggap merujuk kepada cara papan kayu bot itu disatukan bersama. Penyokong pencalonan yang berjaya berharap ia akan melindungi dan memelihara teknik pembinaan bot yang memacu era Viking untuk generasi akan datang apabila bilangan tukang clinker aktif semakin pudar dan nelayan serta yang lain memilih kapal dengan badan gentian kaca yang lebih murah.

“Kita dapat melihat kemahiran membinanya, kemahiran melayari, pengetahuan orang yang sedang belayar … ia turun temurun dan ia hilang,” kata Soren Nielsen, ketua di Muzium Kapal Viking di Roskilde, barat dari Copenhagen.

Muzium ini bukan sahaja mempamerkan sisa-sisa kapal kayu yang dibina 1,000 tahun yang lalu, tetapi juga berfungsi untuk membina semula bot Viking yang lain. Proses ini melibatkan penggunaan kaedah arkeologi eksperimen untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam dan praktikal tentang zaman Viking, seperti seberapa cepat kapal itu belayar dan berapa ramai orang yang boleh menaikinya.

Seorang lelaki membaiki bot kayu sepanjang 10 meter, yang dibina dalam tradisi bot clinker Nordic, di pangkalan Muzium Kapal Viking, Roskilde, Denmark. – AP
Sebuah bot dayung kayu, dibina dalam tradisi bot Clinker Nordic, berlabuh di pelabuhan Roskilde. – AP

Nielsen, yang menyelia pembinaan dan pembaikan bot kayu yang dibina dalam tradisi clinker, berkata hanya terdapat kira-kira 20 tukang bot clinker yang mengamalkan di Denmark, mungkin 200 di seluruh Eropah utara.

“Kami fikir ia adalah tradisi yang perlu kami tunjukkan, dan kami perlu memberitahu orang ramai ini adalah sebahagian daripada latar belakang kami,” katanya kepada The Associated Press.

Bot clinker kayu dicirikan oleh penggunaan papan membujur bertindih yang disatukan bersama.

Pembina menguatkan bot secara dalaman dengan komponen kayu tambahan, terutamanya pokok oak tinggi, yang membentuk rusuk kapal. Mereka mengisi celah di antaranya dengan tar atau lemak bercampur dengan bulu haiwan dan lumut.

“Apabila awda membinanya dengan pertindihan ini di dalamnya, awda mendapat badan yang agak fleksibel tetapi pada masa yang sama, sangat kuat,” jelas Triona Sørensen, kurator di Muzium Kapal Viking Roskilde, yang merupakan rumah kepada lima bot Viking abad ke-11 yang dibina dengan kaedah clinker.

Nielsen berkata terdapat bukti teknik clinker pertama kali muncul beribu-ribu tahun dahulu, semasa Zaman Gangsa. Tetapi ia adalah semasa Zaman Viking bot clinker mempunyai kemuncaknya, menurut Sorensen. Era, dari 793 hingga 1066, adalah ketika orang Norsemen, atau Viking, melakukan penyerangan, penjajahan, penaklukan dan pelayaran perdagangan berskala besar di seluruh Eropah. Mereka juga sampai ke Amerika Utara.

Kapal mereka yang ringan, kuat dan pantas tidak tertandingi pada zaman mereka dan menyediakan asas bagi kerajaan di Denmark, Norway dan Sweden.

Jika “awda tidak mempunyai sebarang kapal, awda tidak akan mempunyai sebarang Zaman Viking,” kata Sorensen. “Ia benar-benar membolehkan mereka mengembangkan ufuk sedemikian untuk menjadi orang yang lebih global.” – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -