Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

Perak untuk Brunei

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Pasukan sofbal kebangsaan lelaki kelmarin terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tewas 12-1 kepada pasukan Indonesia dalam 6th Women’s and 8th Men’s East Asia Softball Masters 2022 di Singapura.

Tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah, Singapura.

Sementara itu, pasukan sofbal kebangsaan wanita berputih mata apabila menang hanya satu perlawanan dalam keseluruhan kejohanan. Bagi kategori wanita, tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan Singapura, diikuti pasukan Indonesia di tempat kedua, dan akhir sekali pasukan Thailand di tempat ketiga.

Gambar ramai pasukan sofbal kebangsaan lelaki dengan piala yang dimenangi mereka. – Gambar serahan Persatuan Besbol dan Sofbal Amatur Brunei (BASBA)
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -