Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peralatan pengurusan jenazah diwakafkan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 9 Jan – Bagi membantu masyarakat kampung dalam mengurus dan memandikan jenazah, seorang usahawan berjaya telah mewakafkan peralatan tempat menguruskan dan memandikan jenazah kepada Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Kampung Sungai Kelugos.

    Majlis penyerahan wakaf berkenaan telah diadakan di masjid berkenaan, kelmarin, di mana pewakaf, Haji Hamdan bin Haji Hassan dan isteri menyerahkannya kepada Imam Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Awang Omarali bin Haji Ahmad.

    Wakaf tersebut merupakan yang kedua daripada Haji Hamdan dan isteri untuk membantu masyarakat di Kampung Sungai Kelugos menguruskan dan menyempurnakan jenazah.

    Haji Hamdan ketika menyampaikan wakaf berupa peralatan tempat menguruskan dan memandikan jenazah kepada Awang Omarali.
    Haji Hamdan bersama jemaah lainnya ketika bergambar ramai semasa majlis penyampaian wakaf yang diadakan di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Kampung Sungai Kelugos.

    Dengan adanya kelengkapan tersebut, ia bukan sahaja boleh digunakan di masjid, bahkan boleh dipinjamkan ke rumah-rumah yang memerlukan pengurusan jenazah jika diperlukan.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad dan Haji Mohd Aidil Sofian bin Haji Mohd Yassin serta beberapa orang ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

    Ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Haji Hamdan berserta keluarga kerana memberikan wakaf berkenaan dan mendoakan semoga amalan kebaikannya akan diterima oleh Allah S.W.T serta akan mendapat syafaat daripadaNya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda