Peralihan genting selepas gegaran politik

MOSCOW, 19 JAN – Presiden Vladimir Putin telah berkata dia tidak mahu Rusia kembali semula kepada amalan zaman Soviet di mana para pemerintah mati pejabat tanpa pelan penggantian, ketika spekulasi menghambat masa depannya selepas dia mencetuskan pergolakan politik minggu ini.

Pemimpin Rusia, 67, berkata pelan peralihan untuk negara adalah genting, dalam ulasan beberapa hari selepas cadangannya yang mengejutkan mengenai perubahan besar kepada perlembagaan menyaksikan kerajaan meletak jawatan dan perdana menteri baharu dilantik.

Putin, yang telah berkuasa selama dua dekad, ditanya sama ada dia boleh mempertimbangkan menghapuskan had jangka presiden daripada perlembagaan semasa mengadakan pertemuan dengan veteran Perang Dunia II di kampung halamannya di Saint Petersburg kelmarin. Tetapi dia menolak idea itu.

“Pada pandangan saya, ia akan sangat membimbangkan untuk kembali kepada keadaan pertengahan tahun 1980an apabila ketua negara satu demi satu tetap berkuasa hingga akhir zaman mereka, dan meninggalkan pejabat tanpa memiliki syarat yang diperlukan untuk peralihan kuasa,” putin berkata.

“Jadi, terima kasih banyak, tetapi saya rasa lebih baik untuk tidak kembali semula ke keadaan pertengahan 1980-an.”

Pemerintah Soviet, Leonid Brezhnev, Yury Andropov dan Konstantin Chernenko semuanya meninggal dunia di pejabat. – AFP