Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Peralihan tenaga perlu bagi keselamatan tenaga

    KUALA LUMPUR, 14 OGOS – Peralihan kepada tenaga bersih tidak dapat dielakkan terutama apabila dunia bergerak ke arah pembalikan kesan perubahan iklim di samping memastikan keselamatan tenaga untuk melindung nilai daripada ketidaktentuan luaran seperti impak konflik Rusia-Ukraine terhadap sektor tenaga.

    Ketua Pegawai Operasi TNB Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Datuk Ir Roslan Abd Rahman, berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu sebanyak 50 peratus menjelang 2035 dan sedang mengkaji sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen dan ammonia.

    Roslan menambah bahawa empangan kuasa hidro juga merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui. Pada masa ini hidroelektrik menyumbang kira-kira 10 peratus daripada grid tenaga negara.

    “Teknologi hidrogen ini masih baharu dan mahal berbanding harga gas sekarang dan ia mengambil masa untuk harga itu turun,” jelas Roslan.

    Ditanya sama ada TNB akan menambah bilangan empangan hidro di Malaysia, beliau berkata kajian menyeluruh diperlukan untuk membinanya.

    Pada masa ini, TNB sedang membangunkan projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion di Kelantan yang dijangka mula menjana tenaga elektrik pada pertengahan 2027. – Bernama

    Ketua Pegawai Operasi TNB Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Datuk Ir Roslan Abd Rahman, bersama wartawan ketika lawatan tapak di Susu Dam (Ulu Jelai). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...