Saturday, May 17, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peralihan visual teknologi ke arah bentuk realistik

    Oleh Hakim Ka

     

    PADA zaman serba canggih ini, pelbagai teknologi telah dihasilkan bagi membantu dan memudahkan kehidupan seharian semua orang di dunia.

    Ada yang menggunakan kemudahan itu untuk melancarkan lagi perjalanan kehidupan seharian dan ada pula diantaranya yang menggunakannya untuk menyara kehidupan.

    Hakikatnya, pada masa ini hidup tanpa teknologi adalah seperti hidup di dalam gua.

    Begitu juga dengan Dayang Norhazimah, seorang pengusaha muda yang baru sahaja mula berkecimpung ke dalam dunia perniagaan yang menggunakan teknik yang dipelajarinya dalam komputer ribanya.

    “Jika tiada komputer riba, tidak akan ada HKA Canvas,” itulah yang dikatakan oleh Dayang Norhazimah ketika ditemu ramah oleh Media Permata baru-baru ini.

    Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada tempahan pelanggan yang telah pun siap dihasilkan oleh Dayang Norhazimah.

    HKA Canvas adalah sebuah perusahaan yang melakukan kerja-kerja penyuntingan dan pembaik pulihan pada gambar yang diberikan oleh pelanggan.

    Kerja-kerja pembaikpulihan itu dilakukan dengan menggunakan aplikasi perisian yang terdapat di dalam komputer riba.

    Ia adalah untuk mengubah gambar yang diberikan kepada versi kartun.

    Bukan sahaja pengubahan kepada versi kartun namun para pelanggan juga dapat membuat tempahan dengan menambah perkataan, petikan ataupun mengubah gaya badan yang terdapat dalam gambar mengikut apa yang telah disediakan oleh HKA Canvas.

    Selain daripada itu, baru-baru ini Dayang Norhazimah menambah lagi pilihan bagi pelanggan terhadap kerja-kerja penyuntingan yang dapat dilakukan iaitu kufi dengan bantuan yang telah diberikan oleh kakaknya.

    Kufi adalah salah satu daripada seni kaligrafi Islam. Bagi kufi pula, tempahan dilakukan dengan memberikan nama atau ayat yang pelanggan ingin ubah untuk dijadikan dalam bentuk kufi seperti nama dan ayat Al-Quran akan tetapi tertakluk kepada kepanjangan nama dan ayat Al-Quran yang telah ditetapkan.

    HKA Canvas ini telah ditubuhkan pada 31 Mei 2017. Pada awalnya, Dayang Norhazimah hanya melakukan kerja-kerja penyuntingan terhadap gambar-gambar yang ada untuk mengisi masa lapang dan sekadar suka-suka sahaja.

    Namun, setelah mendapat perhatian daripada pelanggan yang menyukai kerja-kerja penyuntingan yang telah beliau lakukan, timbul niat beliau untuk menubuhkan HKA Canvas.

    Nama HKA Canvas ini diambil daripada abjad awal nama kedua ibu-bapa pengasas HKA canvas iaitu Awang Kamarul Ariffin dan Dayang Hadijah dan ditambah dengan perkataan ‘canvas’ dihujungnya kerana gambar-gambar yang telah siap digubah akan dicetak ke dalam kanvas.

    Kebanyakan pelanggan menjadikan hasil ciptaan yang telah mereka tempah daripada HKA Canvas sebagai perhiasan rumah mereka.

    Pada masa ini, beliau hanya menggunakan tiga saiz kanvas iaitu yang berukuran kecil (16x12sm), sederhana (20x20sm) dan besar (24x18sm).

    Menurut beliau, pada masa ini beliau sedang mengusahakan untuk memperbanyakkan lagi saiz kanvas yang dapat ditempah oleh pelanggan kerana terdapatnya permintaan daripada pelanggan yang mahukan saiz kanvas yang lebih besar daripada yang biasa ditempah.

    Pada masa ini, Dayang Norhazimah menggunakan aplikasi Instagram, Facebook dan WhatsApp untuk menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan selain untuk mempromosikan gambar yang telah mengalami proses penyuntingan.

    Ini adalah kerana menurut beliau, pada zaman yang serba moden ini kebanyakan pelanggan lebih suka melanggan secara dalam talian daripada turun untuk mengunjungi kedai tersebut.

    Tambah beliau lagi, ia memudahkan pihak penjual dan pembeli kerana mereka boleh berinteraksi walaupun sedang berada di rumah sendiri.

    Selain daripada itu, beliau mengatakan bahawa dengan menggunakan laman sosial, bukan sahaja beliau dapat mempromosi barangan beliau dalam satu kawasan sahaja bahkan keempat-empat buah daerah dapat melihat produk akhir barangan yang telah beliau hasilkan.

    Ini adalah suatu yang menguntungkan bagi Dayang Norhazimah kerana sehingga kini, beliau telah melakukan kerja-kerja penyuntingan terhadap 100 lebih gambar yang telah ditempah oleh pelanggan-pelanggan.

    Terdapat juga pelanggan yang menempah lebih daripada tiga kali kerana menyukai produk akhir yang telah dihasilkan oleh Dayang Norhazimah.

    Terdapat juga pelanggan yang menempah untuk koleksi kanvas itu untuk dijadikan sebagai hadiah kepada orang yang dikasihi.
    Di samping itu, ada yang menggunakan gambar yang telah siap digubah dan dicetak ke dalam kanvas sebagai perhiasan dalam perkahwinan.
    Terdapat juga permintaan daripada pelanggan yang inginkan petikan mereka untuk dicetak ke dalam kanvas.

    Kadar penyuntingan gambar ke dalam kanvas adalah mengikut saiz dan juga keramaian orang yang ada di dalam gambar tersebut. Ini adalah kerana lebih ramai orang yang ada di dalam gambar yang diberikan, semakin banyak masa dan penyuntingan yang diperlukan.

    Setelah tempahan dibuat, dari hari pelanggan melakukan tempahan sehingga kepada hari perjumpaan untuk menyerahkan hasil yang sudah selesai akan memakan masa selama tujuh hari tertakluk kepada keadaan.

    Selain daripada perhatian yang telah diberikan oleh pelanggan-pelanggan, tujuan Dayang Norhazimah menubuhkan HKA Canvas ini adalah untuk mencari pendapatan lebih memandangkan beliau baru sahaja menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains di Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Geologi.

    Menurut beliau, aplikasi perisian yang beliau gunakan melakukan proses penyuntingan terhadap gambar-gambar yang telah diberikan oleh pelanggan tersebut telah diperkenalkan kepada beliau ketika pengajian tahun terakhir beliau di UBD.

    Beliau tidak menyangka bahawa aplikasi perisian yang beliau gunakan untuk membantu dalam pengajian beliau di UBD akan dapat beliau gunakan setelah tamat pengajian.

    Bagaimanapun, minat terhadap kerja penyuntingan gambar dan video menjadi tunjang utama dalam meneruskan lagi usaha beliau untuk menubuhkan dan seterusnya memperluaskan lagi perniagaan beliau.

    Harapan beliau di masa akan datang adalah untuk memperluaskan lagi perniagaan beliau selain daripada mempelajari lagi teknik-teknik yang baru dalam kerja-kerja penyuntingan gambar.

    Ini adalah kerana dengan lebih banyak kemahiran akan dapat memuaskan lagi hati para pelanggan. Dalam kesempatan itu, Dayang Norhazimah memberikan nasihat kepada pengusaha baru yang hendak berkecimpung di dalam apa sahaja perusahaan agar tidak takut untuk mencuba walaupun secara kecil-kecilan kerana “rezeki ada di mana-mana.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/