Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Peranan kerajaan, orang awam penting dalam tangani bencana alam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC- Dalam usaha memberigakan lagi amaran dan nasihat cuaca yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan Cuaca, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) telah mengadakan forum cuaca bertajuk Amaran Awal dan Tindakan Awal untuk Daya Tahan yang Lebih Kuat secara maya hari ini.

    Forum tersebut diadakan sempena memperingati dan menyambut Hari Kaji Cuaca Sedunia 2022 itu juga bertujuan untuk menggalakkan kerjasama serta usaha kolaboratif antara pihak berkuasa dan masyarakat awam dalam menangani bencana alam yang boleh berlaku di negara kita.

    Setiap tahun, sambutan tersebut memfokuskan kepada satu tema yang menarik dipilih khusus oleh pihak Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) dan Amaran Aawal dan Tindakan Segera adalah temanya pada tahun ini.

    Ahli panel yang hadir pada forum tersebut terdiri daripada Pegawai Kaji Cuaca dari BDMD iaitu Dayang Nurulinani binti Haji Jahari bersama panel jemputan, Pegawai Pengurusan Bencana, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Awangku Muhd Naaim Syafii bin Pengiran Haji Besman dan wakil dari Penyelaras Kesiapsiagaan Bencana, Awang Mohd Sufhidin bin Mohd Sufian.

    Turut hadir pada acara tersebut adalah jemputan-jemputan khas, termasuk wakil-wakil daripada kumpulan-kumpulan pengguna khidmat cuaca dan iklim seperti kumpulan tindakan awal dan keselamatan, kumpulan ekonomi dan industri, syarikat-syarikat pembinaan, syarikat insurans, perusahaan kecil dan sederhana dan juga pihak media massa.

    Forum berkenaan juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada dan akan dijalankan apabila berlakunya bencana alam di sesuatu tempat.

    Antara ahli panel bersama tetamu yang lain semasa hadir pada forum yang diadakan secara maya tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...