Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Peranan ketua kampung bantu agensi kerajaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Ketua-ketua kampung berperanan membantu agensi-agensi kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan seperti dalam gelombang kedua penularan wabak COVID-19, terutama kempen pemvaksinan mereka yang tidak berupaya pergi sendiri ke pusat vaksinasi.

    Para ketua kampung ini boleh mendaftarkan senarai mereka yang memerlukan bantuan dengan perkhidmatan vaksinasi bergerak yang akan membantu orang didaftarkan itu.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini menekankan peranan ketua kampung itu.

    Menurut Yang Berhormat Pehin, para ketua kampung juga berperanan membantu agensi-agensi kerajaan dalam pembahagian makanan di mana walaupun mereka yang memohon penghantaran makanan atau catuan makanan telah memberikan alamat, kadang-kadang para sukarelawan mendapati adalah sukar bagi mereka untuk mengenal pasti rumah pemohon berkenaan.

    Oleh itu, di sinilah peranan ketua kampung membantu menyelesaikan perkara itu kerana mereka lebih tahu rumah mereka yang dikenakan perintah kuarantin untuk dibahagikan catuan makanan berkenaan.

    Peranan ketua kampung berkenaan adalah serupa juga pada gelombang ketiga ini dan Yang Berhormat Pehin berkata dalam sidang media baru-baru ini, ada dinyatakan bahawa pihak kerajaan akan membahagikan kit ART kepada mereka yang di bawah Skim Kebajikan Negara (SKN) termasuk juga mereka yang menerima bantuan Majlis Ugama Islam.

    “Jadi ketua kampung lagi sekali akan berperanan untuk membantu agensi-agensi ini, dalam pembahagian tersebut,” tambahnya.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar semasa berucap pada sidang media kelmarin. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...