Wednesday, November 6, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peranan lebih aktif tangani masalah mental

    Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut setiap 10 Oktober, banyak pihak mengadakan acara-acara seperti forum, ceramah, bengkel mengenai kesedaran dan punca gangguan mental.

    Usaha-usaha sedemikian semakin kerap diadakan dan wajar dipuji.

    Namun, saya ingin mencadangkan agar bahagian sumber manusia dalam syarikat harus main peranan yang lebih aktif menangani masalah mental seperti mengadakan sesi dalam talian atau kunjungan seminar daripada pihak profesional untuk menyebar luaskan lagi tentang perkara ini kepada golongan yang bekerja terutamanya sektor swasta.

    Bahagian sumber manusia juga harus pertimbangkan cuti mental yang sama seperti cuti sakit.

    Ini adalah kerana bermula dengan sakit mental boleh mengundang sakit yang lain seperti darah tinggi, kurang tidur dan pelbagai penyakit lagi.

    Terutama sekali apabila ada projek atau acara khusus sesebuah syarikat yang menuntut lebih banyak masa atau komitmen pekerja untuk menjayakannya.

    Cuti mental diberi seperti sebelum atau pun selepas acara berkenaan untuk memberi mental rehat yang cukup kepada pekerja yang terbabit.

    Pekerja Kuat

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda