Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Peranan pasaran kewangan Islam bantu nyahkarbon global

    KUALA LUMPUR, 21 JULAI – Pasaran kewangan Islam dijangka memainkan peranan penting dalam membantu dunia menyahkarbon melalui penerbitan sukuk-sukuk hijau, kata Pengurus Dana Kanan Eastspring Al-Wara’ Investments, Chow Kim Seng.

    Beliau berkata Malaysia bersama-sama negara anggota ASEAN yang lain, sedang pantas berusaha mendapatkan pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) untuk mencapai impak dan pulangan positif.

    “Status peneraju globalnya dalam kewangan Islam akan membuka jalan kepada pasaran sukuk hijau untuk berkembang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Chow berkata pelaburan Syariah dan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) berusaha untuk menggalakkan tingkah laku bertanggungjawab, dan sehubungan itu, kedua-duanya mempunyai prinsip yang bertindih.

    “Ini telah membawa kepada gandingan semula jadi mereka dan mencetuskan permintaan yang semakin meningkat untuk penyele-saian ESG Syariah di Malaysia dan di seluruh dunia,” katanya sambil menambah Malaysia melancarkan indeks ESG Syariahnya, Indeks Syariah FTSE 4Good Bursa Malaysia, pada 2021.

    Nasdaq turut menyaksikan penyenaraian pertama dana dagangan bursa patuh Syariah dan ESG pada awal 2022.

    “Pasaran sukuk adalah penting untuk ESG memandangkan ia telah berkembang pesat berbanding pasaran bon konvensional berikutan pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan pasaran, termasuk layanan cukai keutamaan bagi kedua-dua penerbit dan pelabur,” katanya.

    Menurut Ernst and Young Consulting, Malaysia menerajui terbitan sukuk SRI dalam kalangan negara ASEAN+6, menyumbang AS$3.9 bilion atau 56 peratus daripada jumlah terbitan sukuk SRI ASEAN setakat November 2021 pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun 278 peratus antara 2016 dan 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...