Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Peranan pelajar terhadap negara, keluarga

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Seramai 80 orang pelajar Tingkatan Enam Bawah Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Peranan dan Tanggungjawab sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Lecture Theatre (LT12) maktab berkenaan.

    Menurut kenyataan, program tersebut turut dihadiri oleh Guru Kanan Pentadbiran, Dr Haji Sahrunizam bin Haji Kasah, dan Penolong Guru Kanan Pentadbiran maktab tersebut, Hajah Muniratul-Ain binti Dato Haji Adnan.

    Taklimat anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik itu bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut, selain sama-sama mendukung matlamat wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.

    Antara yang disentuh dalam taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris itu adalah peranan penuntut sebagai rakyat yang mempunyai tanggungjawab bukan sahaja sebagai ahli keluarga tetapi juga kepada masyarakat dan negara.

    Para penuntut perlu sedar bahawa mereka adalah ejen perubahan yang akan membentuk negara pada masa hadapan.

    Justeru itu mereka perlu mempersiapkan diri dengan pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan seperti kesukarelawan dan kepimpinan.

    Program kemudian diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.

    Antara pelajar yang menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Hajah Noorhijrah di LT12, Maktab Duli.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...