Wednesday, November 30, 2022
24 C
Brunei

-

Peranan semua pihak kembangkan sektor EV

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Bagi Negara Brunei Darussalam untuk beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan mengembangkan sektor berkenaan akan memerlukan usaha daripada semua pihak di mana mereka perlu memainkan peranan masing-masing dalam elektrifikasi pengangkutan pengguna.

Baru-baru ini, semasa Forum EV yang dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan
dan Infokomunikasi dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), seorang wakil dari United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) mengetengahkan pertumbuhan eksponen dalam penerimaan EV di pelbagai rantau di seluruh dunia.

Di negara ini, jumlah pemilik EV turut berkembang dengan perlahan dan menunggu masa sahaja sebelum lebih ramai pengguna akan menyertai trend itu di mana apabila ia
terjadi nanti, kita boleh menyaksikan pertumbuhan dalam sektor berkenaan.

Harapan tersebut disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah ketika berucap pada perasmian stesen pengecasan pantas runcit pertama di Stesen Minyak IBA, Lambak, hari ini.

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua ketika menyampaikan ucapannya.
Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua; Yang Berhormat Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, dan Timbalan Menteri di JPM ketika melancarkan stesen pengecasan pantas runcit pertama di Stesen Minyak IBA, Lambak, kelmarin.

Menurut beliau, penubuhan Pasukan Petugas Bersama EV pada 2021 merupakan bukti komitmen kerajaan untuk memahami lanjut mengenai keperluan EV semasa fasa rintis dengan membawa masuk pemain-pemain seperti BSM dan beberapa sektor swasta
lain ke dalam jawatankuasanya.

Beliau menyatakan bahawa adalah menggalakkan untuk menyaksikan badan-badan kerajaan bergabung bersama dengan mengambil pendekatan seluruh negara dalam menangani cabaran-cabaran seperti dasar, sumber dan kesiapsiagaan infrastruktur sambil menyelaraskan penyelesaian untuk memudahkan pertumbuhan EV di dalam negara.

Yang Berhormat Dato seterusnya menyentuh mengenai anggota Persatuan Peniaga Automobil Brunei (PPAB), yang menurutnya memainkan peranan signifikan dalam penerimaan EV.

“Mereka menerima maklumat masa sebenar daripada pembuat masing-masing mengenai rancangan mereka untuk beralih daripada pembuatan kenderaan pembakaran dalaman,” ujarnya.

Beliau menekankan adalah amat penting supaya kita mengongsi maklumat berkenaan
di antara satu sama lain termasuk kepada orang ramai, amalan dan pembelajaran dalam pemilikan EV serta keperluan yang diperlukan untuk menampung pertumbuhan pemilikan EV.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap lebih banyak barisan EV akan diperkenalkan di Brunei dalam masa terdekat terutamanya yang mampu untuk dimiliki bagi memudahkan pertumbuhannya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -