Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Perancis, Afrika Barat jalin hubungan dua hala

    YAOUNDE, 26 JULAI – Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Cameroon kelmarin sebagai permulaan lawatan tiga negara di barat Afrika sekali gus bertujuan untuk memulihkan semula hubungan pasca penjajahan Perancis dengan benua itu.

    Macron disambut oleh Perdana Menteri Cameroon, Joseph Dion Ngute di lapangan terbang Yaounde pada jam 10:40 malam.

    Lawatan pertama dalam penggal baharunya sebagai presiden di luar Eropah, yang juga akan membawanya ke Benin dan Guinea-Bissau, sepatutnya membolehkan Macron menunjukkan komitmen sebagai seorang presiden dalam proses memperbaharui hubungan dengan benua Afrika,” kata pegawai presiden Perancis, yang tidak ingin namanya disiarkan. Macron mengadakan perbincangan hari ini di istana presiden dengan rakan sejawatnya, Paul Biya, 89, yang telah mentadbir Cameroon hampir selama 40 tahun.

    Mereka dijangka membincang isu keselamatan di Cameroon, yang telah dibelenggu oleh keganasan etnik dan pemberontakan oleh pemisah yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan dua wilayah dengan penduduk yang berbahasa Inggeris sejak 2017. Selain itu, Cameroon Utara juga berdepan dengan serangan oleh Jihad Boko Haram. Macron telah mencetuskan kemarahan Biya pada 2020 selepas mengisytiharkan beliau akan mengenakan tekanan maksimum ke atas presiden berhubung keganasan di negara Afrika Barat itu. – AFP

    Presiden Emmanuel Macron semasa disambut oleh Perdana Menteri Joseph Dion Ngute di lapangan terbang antarabangsa Nsimalen di Yaounde. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...