Perancis bakal bina reaktor nuklear baharu

PARIS, 10 NOV – Perancis akan memulakan pembinaan reaktor nuklear baharu, kata Presiden Emmanuel Macron, kelmarin. 

“Buat kali pertama sejak beberapa dekad kami akan lancarkan semula pembinaan reaktor nuklear dan terus membangunkan tenaga boleh baharu,” lapor Agensi Anadolu.

Namun, beliau tidak memberikan butiran lanjut jumlah atau lokasi reaktor itu.

Reaktor baharu itu akan menjamin kebebasan tenaga, bekalan elektrik dan membolehkan Perancis mencapai objektifnya, termasuk keneutralan karbon pada 2050, tambah beliau. 

Perancis memperoleh kira-kira 70 peratus tenaga elektriknya daripada tenaga nuklear.

Menurut dasar peralihan tenaga 2015, kerajaan merancang untuk mengurangkan bahagian tenaga nuklearnya kepada 50 peratus menjelang 2025 untuk meningkatkan tenaga boleh baharu. – Bernama