Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Perancis bakal mulakan suntikan dos keempat

    PARIS, 13 MAC – Perancis akan mula menawarkan suntikan dos keempat vaksin COVID-19 kepada mereka berumur lebih 80 tahun selepas menerima dos penggalak, kata Perdana Menteri Perancis Jean Castex.

    Kempen vaksinasi juga akan diperluaskan kepada mereka yang menghadapi masalah sistem ‘immunocompromised’, lapor agensi berita Xinhua.

    Beliau berkata daripada 4.1 juta penduduk Perancis yang berumur 80 tahun ke atas, 3.1 juta telah mendapat dos penggalak.

    Perancis menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 dan menurut Agensi Kesihatan Kebangsaan negara ini melaporkan 72,443 kes baharu pada Sabtu.

    Selain itu, Perancis turut akan memansuhkan syarat pas vaksin sebelum memasuki tempat awam dan pemakaian pelitup muka.

    Meskipun peraturan dilonggarkan, beliau berkata mereka yang berisiko digalakkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan sesak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...