Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Perancis batal peraturan COVID

    PARIS, 14 MAC – Perancis membatalkan hampir semua sekatan COVID hari ini, memansuhkan keperluan untuk memakai pelitup muka dan membenarkan individu yang tidak divaksinasi untuk masuk ke restoran, arena sukan dan lokasi lain.

    Langkah itu telah diumumkan awal bulan ini oleh kerajaan Perancis berdasarkan penilaian untuk memperbaiki situasi di hospital dan susulan berminggu-minggu penurunan dalam jangkitan.

    Ia muncul kurang dari sebulan sebelum pusingan pertama pilihan raya presiden yang dijadualkan pada 10 April.

    Namun beberapa hari kebelakangan ini, jumlah jangkitan baharu mulai meningkat kembali, menimbulkan kebimbangan beberapa saintis ia mungkin terlalu awal untuk membatalkan sekatan.

    Jumlah jangkitan baharu telah mencecah lebih 60,000 berdasarkan purata tujuh hari, naik kira-kira 50,000 seminggu sebelumnya.

    Bermula hari ini, orang ramai tidak lagi dikehendaki menunjukkan bukti vaksinasi untuk memasuki tempat-tempat seperti restoran, kelab, pawagam, teater, pesta dan pengangkutan. – AP

    Orang ramai tanpa memakai pelitup muka di Biarritz, Perancis pada 14 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...