Perancis berharap keberkesanan vaksin

PARIS, 24 NOV – Perancis dijangka melonggarkan sekatan koronavirus hari ini berikutan dengan pengumuman oleh ketua syarikat penerbangan utama bahawa keberkesanan vaksinasi mungkin akan menjadi satu-satunya cara orang ramai akan mula menaiki pesawat dalam pasca pandemik.

Harapan terhadap vaksin COVID-19 telah memberi dorongan kepada penduduk di seluruh dunia untuk kembali normal selepas penyakit ini terus berleluasa dan para pemimpin dunia mendesak orang ramai untuk bersabar.

Presiden Perancis Emmanuel Macron akan menangani negara itu – yang kini dalam perintah berkurung – untuk mengumumkan penyusunan semula peraturan berikutan penurunan jangkitan di seluruh negara.

Ucapan televisyen Macron muncul sehari selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengucapkan terima kasih kepada kejayaan utama vaksin – satu jalan keluar dari krisis koronavirus.

Dunia masih dilanda krisis kesihatan yang belum pernah terjadi sebelumnya yang telah mengugat ekonomi, menjangkiti hampir 58.9 juta orang dan menyebabkan hampir 1.4 juta kematian.

Astra Zeneca dan Oxford University kelmarin berkata bahawa kadar keberkesanan vaksin mereka adalah 70 peratus untuk menghentikan virus selepas mengujinya ke atas 23,000 orang, beberapa hari selepas ujian dua vaksin lain menunjukkan keberkesanan 90 peratus.

Sementara Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus memuji hasil terbaharu itu sebagai satu penyelesaian krisis tersebut dan mengingatkan kepada semua agar vaksin tersebut diagihkan secara adil.

“Setiap negara komited untuk melakukan yang terbaik untuk melindungi rakyatnya. Bagaimanapun kini terdapat risiko kekurangan vaksin akan dihadapi oleh negara-negara miskin,” tambahnya. – AFP

Harapan terhadap vaksin COVID-19 telah memberi dorongan kepada penduduk di seluruh dunia untuk meneruskan kehidupan secara normal selepas penyakit ini terus berleluasa dan para pemimpin dunia mendesak orang ramai untuk bersabar. – AFP