Perancis buru penembak beruang di gunung

FOIX, PERANCIS, 10 JUN – Pakar Perancis akan menjalankan bedah siasat hari ini ke atas seekor beruang warna coklat yang ditemui mati di gunung Pyrenees pada minggu ini dengan luka tembakan, dalam usaha untuk menentukan siapa yang membunuh haiwan itu, kata pihak berkuasa tempatan.

Beruang jantan itu berusia kira-kira empat atau lima tahun, mempunyai berat 150-200 kilogram, menurut Chantal Mauchet, pegawai tempatan jabatan Ariege di barat daya Perancis.

Ia adalah beruang perang kedua yang ditemui mati pada tahun ini di Pyrenees, di mana ia merupakan spesies dilindungi. – AFP