Perancis capai sasaran 10 juta suntikan

NOGENT-SUR-MARNE, PERANCIS, 8 APRIL – Perancis telah memberikan suntikan pertama vaksin kepada 10 juta penduduk, umum Perdana Menteri Jean Castex hari ini.

“Perancis banyak memberikan vaksinasi. Ia prestasi yang bagus,” kata Castex selepas melawat pusat inokulasi timur Paris, memuji jumlah 10 juta suntikan pertama dalam masa seminggu memenuhi sasaran kerajaan.

Perancis terkebelakang daripada negara jiran Eropah selepas permulaan vaksinasi pada Januari namun kini menyuntik sekitar 200,000 hingga 300,000 orang sehari. – AFP

Orang ramai menunggu untuk divaksinasi di balai bomba yang diubah menjadi pusat vaksinasi sementara di Vailhauques, Montpellier, selatan Perancis pada 8 April. – AFP