Perancis catat lebih 50,000 kes baharu

PARIS, 26 OKT – Perancis mencatatkan 52,010 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, laporan harian terkini setelah mencatat 45,422 kes pada Sabtu, menurut Badan Kesihatan Awam semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Sejak pandemik bermula, Perancis setakat ini mempunyai kes terkumpul 1,138,507.

Sejumlah 116 pesakit lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian kepada 34,761.

Perancis juga telah melepasi penanda simbolik satu juta kes COVID-19 yang disahkan sejak pandemik bermula.

Sementara itu, 17 peratus daripada mereka yang diuji virus kini mempunyai keputusan positif, meningkat daripada 4.5 peratus pada awal September.

Kerajaan Perancis telah melanjutkan perintah berkurung semalaman untuk merangkumi kawasan yang menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 46 juta orang – atau dua daripada setiap tiga rakyat Perancis. – AFP/Bernama

Penumpang memakai penutup mulut dan hidung berjalan di platform kereta api bawah tanah Paris pada 25 Oktober. – AP