Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Perancis catat suhu rekod bulan September

    BORDEAUX, 13 SEPT – Perancis mencatat suhu rekod pada September, terutamanya di kawasan barat daya, di tengah gelombang haba yang datang dari Maghribi, kata Meteo-France semalam. Termometer mencecah 39.1 Celsius di Mont-de-Marsan di barat daya kawasan Landes dan 39 darjah Celsius di Dax.

    Ibu negeri Bordeaux menyaksikan 37.5C – mengatasi suhu tinggi 37C yang dicatat pada September 1987 – sementara Tarbes di kawasan selatan di Pyrenees melihat suhu meningkat kepada 37.2C. lebih satu darjah daripada 35.8C yang dilihat pada 1964. Kawasan Pau pula mencatat 38.9C, mengatasi suhu 36.3C yang dilihatnya pada 1970.

    Perancis mengalami tiga gelombang haba di antara Jun dan Ogos, hasil tekanan rendah di Lautan Atlantik ketika saintis menyalahkan fenomena kepada perubahan iklim. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...