Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis dilanda banjir ‘luar biasa’

    BLENDECQUES, PERANCIS, 7 NOV – Banjir melanda berpuluh-puluh bandar di utara Perancis, menyebabkan jalan raya kadang kala hanya boleh dilalui dalam bot dan berpuluh-puluh sekolah ditutup, kata pihak berkuasa hari ini.

    Dua sungai – Aa dan Liane – diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana banjir di utara kawasan Pas-de-Calais selepas hujan lebat semalaman dari Isnin hingga Selasa.

    Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata di X (sebelum ini Twitter) bahawa tujuh orang cedera tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Beliau berkata lebih 1,500 anggota bomba telah digerakkan di wilayah itu.

    Menyusuli Ribut Ciaran yang melanda Eropah Barat minggu lalu, banjir ‘menjejas’ kira-kira 60 majlis perbandaran, menyebabkan kerosakan ‘besar’, kata wilayah itu, sambil menambah berpuluh-puluh sekolah telah ditutup.

    Vigicrues, badan pemerhati banjir sungai rasmi, menyifatkan banjir hari ini sebagai ‘luar biasa’.

    Di bandar Blendecques, yang sudah dilanda banjir tahun lalu, penduduk tempatan sedang menilai kerosakan. “Semuanya perlu dibaiki semula,” keluh Ludovic Provence, 43.

    Amaran kategori merah akan kekal sehingga petang Rabu. – AFP

    Gambar menunjukkan pemandangan banjir di Isques, berdekatan Boulogne-sur-Mer di utara Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda