Perancis gantung penjualan vitamin D

PARIS, 4 Jan – Perancis telah menggantung jualan ubat vitamin D berikutan dengan kematian anak damit berusia 10 hari pada Disember yang diberi makanan tambahan itu, kata pegawai kesihatan semalam.

Keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga oleh agensi ANSM Perancis yang mengawasi keselamatan ubat-ubatan dan produk kesihatan, Menteri Kesihatan, Marisol Touraine berkata dalam satu kenyataan.

Langkah itu diambil selepas seorang anak damit yang baru lahir meninggal dunia pada 21 Disember selepas diberikan Uvesterol D, yang ditetapkan untuk vitamin D di kalangan kanak-kanak.

ANSM sebelum ini telah mengeluarkan amaran tentang bagaimana makanan tambahan itu dikawal, berikutan kes-kes penyakit terutamanya di kalangan anak damit pramatang dan anak damit yang baru lahir di bawah satu bulan. – AFP