Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Perancis haramkan jualan iPhone 12

    GENEVA, 13 SEPT – Perancis kelmarin mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran melebihi had, lapor agensi Anadolu.

    “Pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas,” kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi, Jean-Noel Barrot di X (dahulunya Twitter).

    Barrot meminta Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR), iaitu badan pemerhati radiasi Perancis untuk “menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati.”

    Terdahulu, ANFR memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa baru-baru ini ia menyemak Kadar Penyerapan Khusus (SAR) 141 telefon, termasuk iPhone 12.

    SAR mengukur tenaga yang dikeluarkan oleh gelombang elektromagnet dan diserap oleh tubuh manusia.

    “Kegagalan ini, Apple akan dikehendaki menarik balik mana-mana unit yang telah dijual,” menurut ANFR.

    Di Eropah, apabila telefon dipegang di tangan atau dalam poket seluar, ia mesti mempunyai tahap sinaran 4 watt sekilogram, manakala ANFR mendedahkan bahawa jumlah sinaran dikeluarkan iPhone12 sekitar 5.74 W/kg. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...