Perancis jadi tuan rumah ‘Kelab Med’ mengenai isu Turki

PARIS, 10 SEPT – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin negara Mediterranean bagi sidang kemuncak yang akan membincangkan ketegangan yang semakin memuncak di antara Turki dan negara-negara EU di bahagian timur.

EuroMed 7 adalah kumpulan tidak rasmi tujuh negara EU Mediterranean, yang kadangkala disebut ‘Kelab Med’ yang mengadakan sidang kemuncak pertamanya pada 2016 dan tidak memasukan Turki.

Perjumpaan di pulau Corsica, Perancis akan menghimpunkan pemimpin dari Perancis, Itali, Malta, Portugal dan Sepanyol dengan ahli-ahli Timur Mediterranean EU, Greece dan Cyprus.

Perancis dengan tegas menyatakan sokongan ke atas Greece dan Cyprus dalam ketegangan yang semakin meningkat bersama Turki mengenai sumber hidrokarbon dan pengaruh tentera laut di timur Mediterranea yang telah mencetuskan kebimbangan konflik.

Sidang kemuncak akan diadakan kira-kira 1500 GMT di kawasan peranginan pesisir pantai di luar ibu kota Corsica, Ajaccio.

Matlamat perbincangan ialah ‘untuk membuat kemajuan dalam dan konsensus mengenai hubungan EU dengan Turki terutama menjelang sidang kemuncak EU pada 24 hingga 25 September,” kata seorang pegawai presiden Perancis. – AFP

Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi ucapan pada sidang kemuncak EuroMed 7 di Ajaccio. – AP