PARIS, 15 NOV – Perancis telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuk Presiden Syria, Bashar al-Assad, yang dituduh bersubahat dalam jenayah terhadap kemanusiaan berhubung serangan kimia pada 2013, kata sumber kehakiman dan plaintif dalam kes itu hari ini.
Sumber kehakiman memberitahu AFP, Assad juga disyaki bersubahat dalam jenayah perang atas serangan itu, yang dipersalahkan oleh pembangkang ke atas rejim, yang membunuh lebih 1,400 orang berhampiran Damsyik pada Ogos 2013.
Waran antarabangsa juga dikeluarkan untuk penangkapan abang Assad, Maher, ketua defacto unit tentera elit Syria, dan dua jeneral angkatan tentera.
Unit mahkamah Paris yang terlibat dengan jenayah terhadap kemanusiaan telah menyiasat serangan kimia sejak 2021.
Siasatan itu susulan aduan undang-undang yang difailkan oleh Pusat Media dan Kebebasan Bersuara Syria (SCM), persatuan peguam Inisiatif Keadilan Masyarakat Terbuka (OSJI) dan Arkib Syria, sebuah badan yang men-dokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia di Syria.
“Ia satu perkembangan besar,” kata Presiden SCM, Mazen Darwish mengenai waran penahanan Assad.
“Bidang kuasa bebas mengiktiraf serangan kimia itu tidak mungkin berlaku tanpa pengetahuan presiden Syria, bahawa dia mempunyai tanggungjawab dan harus bertanggungjawab,” beritahunya kepada AFP. – AFP