Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Perancis kesan selesema burung di ladang itik

    PARIS, 29 OGOS – Selesema burung yang mudah berjangkit, Avian Influenza (H5N1), telah dikesan di sebuah ladang itik di bahagian timur Perancis, Ain, menyebabkan sejumlah 10,600 ekor itik terpaksa dimusnahkan, lapor Xinhua memetik laporan akhbar harian Perancis, Le Figaro pada Ahad.

    Perkhidmatan Negeri, direktorat jabatan untuk perlindungan pen- duduk, Ain menjelaskan wabak selesema burung disebabkan oleh virus H5N1 itu dikesan di ladang itik yang terletak di Saint-Nizier-le-Desert, lapor Le Figaro, memetik jabatan wilayah Ain.

    Siasatan epidemiologi sedang dijalankan selepas mendapati terdapat kematian itik dalam bilangan luar biasa di sebuah ladang, lapor Le Figaro, sambil menambah bahawa kelompok pertama selesema burung sangat patogenik itu ditemui pada Sabtu di ladang berkenaan.

    Menurut pihak berkuasa tempatan, kluster itu telah dimusnah dan dinyahjangkit serta menetapkan zon perlindungan sepanjang tiga kilometer di sekitar lokasi wabak, manakala zon pengawasan dan kawalan diletakkan di sepanjang 10 kilometer dari kawasan itu.

    Sejak November lalu, Perancis melaporkan lebih 1,300 kelompok virus sangat berjangkit dan mengarahkan pemusnahan 20 juta burung. Dalam tempoh dari musim luruh tahun 2020 hingga musim bunga 2021, 500 kelompok selesema burung telah dikesan dan 3.5 juta burung dimusnahkan di negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...